Wednesday, April 7, 2010

"Anugerah sekebun bunga dari taman iman; inilah kebahagiaan sebenar"


BUNGA KEBAHAGIAAN


Kau yang menciptakan cinta.. dan Kau jua yang menghampar bahagia…
Di ribaan Mu terhimpun harapan ..impian tulus setiap insan..
Kau yang mengutuskan duka..dan Engkaulah yang mengirimkan hampa…
Namun padaMu jua di adukan..merebahkan keresahan dan tangisan..
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cinta Mu
Dan Kau tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu…



Salam ziarah untuk sahabat2…
Syukran kerana sudi lagi singgah ke blog ana ni..
Hmm…msti terfikir lagi di benak fikiran sahabat yang pernah sinngah di blog ana sebelum ni..hmm..mesti cerita lagi ni..hehe…mungkin juga..tp..mungkin berkaitan dengan lirik nasyid yang di atas tadi…

Baru2 ni,ana ada ikuti satu program..di mana program ini khusus untuk golongan yang sudah berkahwin.. program ni di bwh anjuran unit bait muslim.
Hmm..ana belum kawin lagi..apatahlagi nikah..ana hanya bertindak sebagai orang yang memenuhkan ruang yang kosong sebab ada sebahagian dari golongan yang sudah berkahwin ini tidak dapat hadir bersama dalam menjayakan program ini..
Program ni berlokasi di tepi pantai Dumyat.bagi sahabat2 yang tidak mengetahui di mana Dumyat ni,kenala berazam supaya dapat datang ke mesir.apa2 pun,niat dulu nak ke Makkah sebelum ke Mesir ye.. :)
Apa yang ana nak bualkan dalam tulisan kali ini..adalah tentang sebuah keluarga muslim…
Atau lebih dikenali sebagai Baitul Muslim…
Perkahwinan adalah kaedah terbaik bagi menolong menguatkan agama dan menghindari bisikan syaitan.ia adalah benteng pertahanan daripada musuh2 Allah dan orang mukmin.perkahwinan adalah penawar terbaik untuk mengubati jiwa yang kesunyian.sesungguhnya perkahwinan adalah satu perkara yang sangat di benci oleh syaitan.
Sabda rasul:
“Apabila salah seorang daripada kamu melihat seorang wanita,lalu dia tertarik kepada wanita itu,maka dia harus kembali kepada isterinya,kerana hal ini akan dapat menepis apa yang ada dalam jiwanya”(HR MUSLIM)
Isteri solehah idaman suami:
Rasulullah bersabda:
“Wanita itu dinikahi kerana 4 perkara.Kecantikannya,keturunannya,hartanya atau kerana agamanya.Tetapi pilihlah yang beragama supaya dirimu selamat”
Rasulullah juga menegaskan:
“Barangsiapa yang mengahwini wanita kerana hartanya,maka Allah akan menjadikannya miskin.Barangsiapa mengahwini wanita kerana keturunannya, maka Allaha akan menghinanya. Tetapi Barangsiapa mengahwini wanita supaya dia dapat menundukkan pandangannya,membentengi nafsunya atau menyambung tali persaudaraan, maka Allah tentu memberikan keberkatan kepadanya dengan wanita itu dan wanita itu di berikan keberkatan kerananya.”(HR Ibnu hibban)
Rasulullah bersabda:
“Isteri yang terbaik adalah isteri yang menyenangkan mu jika kamu melihatnya,mematuhimu jika engkau menyuruhnya dan menjaga dirinya dan hartamu jika engkau tidak ada di samping nya.”
Dan ingat wahai isteri2..anadai berlanggar dgn syariat apa y di suruh oleh suami kepadamu..
Sabda Rasulullah s.a.w:
“tidak boleh patuh kepada makhluk dalam kemaksiatan terhadap khaliq.”(HR Ahmad dan al Hakim)

Siapa dia suami yang soleh??
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Wahai suami,lembutlah terhadap isterimu.”(HR Bukhari dan Muslim)
Dari abu hurairah,Rasulullah bersabda:
“Ada satu dinar yang engakau nafkahkan di jalan Allah,satu dinar yang engkau nafkahkan untuk membebaskan seorang hamba,satu dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin,dan satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu,yang paling besar nilainya adalah yang engkau nafkahkan untuk keluargamu.”(HR Bukhari)
Anak-anak:
Anggap anak2 sebagai amanah daripada Allah S.W.T yang di kurniakan untuk sementara waktu sahaja kepada kedua ibu bapa..
Sabda Rasulullah S.A.W:
“seorang anak dilahirkan dalam keadaan fitrah.Orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi,nasrani mahupun Majusi.”(HR Bukhari)
Kisah sayyidatina Fatimah binti Muhammad..
Cemburu seorang wanita:
Rasulullah SAW ada bertanya kepada puteri kesayangan baginda Fatimah R.A ,”Apa yang kamu rasa yang terbaik untuk seorang wanita?”
Fatimah menjawab,”Apabila seorang lelaki tidak memandang perempuan lain selain isterinya dan apabila seorang perempuan tidak memandang lelaki lain selain suaminya.”

Imam Bukhari juga meriwayatkan bahawa aisyah pernah berkata:
Aku tidak pernah cemburu terhadap seorang pun isteri rasulullah SAW seperti cemburu ku kepada Khadijah .Dia memang sudah meninggal dunia sebelum baginda mengahwini aku. Tetapi aku cemburu kerana aku mendengar baginda menyebut2nya , dan baginda di perintahkan oleh Allah untuk memberinya khabar gembira bahawa dia mendapat sebuah istana di syurga, juga kalau baginda menyembelih kambing , baginda menghadiahkan dagingnya kepada teman2 Khadijah.”
Inilah lambang cinta agung seorang suami kepada isteri yang solehah…
Allah….aku jua seorang wanita..dan kamu yang sedang membaca tika ini jua seorang wanita…
Allah telah menjanjikan..wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..begitu juga sebaliknya..

Tujuan perkahwinan itu bukan sekadar terhenti kerana ingin melunaskan fitrah kita sebagai seorang insan yang punya nafsu..namun …sentiasalah kita merenung di sebalik tiap kejadian yang Allah jadikan untuk hambaNya..kerana Dia maha mengetahui tiap sesuatu..
“BUNGA CINTA KEBAHAGIAAN BUAT HAMBANYA YANG DHOIF”
UMMU HANIN

Sunday, April 4, 2010

cerita dua orang tua...


Kaki melangkah..

Salam kasih syg untuk shbt2 y sudi singgah untuk menatap ,membaca dan mengambil input y tak seberapa dr blog ana ini, namun harapan ana agar tulisan ana y biasa ni dpt di kongsi bersama buat manfaat di dalam meniti perjalann kehidupan kita sehari hari…

Bila sebut ttg Pengalaman… ada y indah..ada juga yang pahit..
Kadang kala,y indah bg kita,pahit bg org lain..ada kala juga yang pahit bg kita adalah indah bg org lain..
Itulah kehidupan ..sama tp berbeza..

Kali ini ana nak cerita ttg perjalanan sehari2 ana tika ke kuliyah..
Tiap pagi…selesai solat subuh..mengaji dan zikir ma’thurat..
Kesempatan y penuh ni’mat atas ni’mat nafas dan kehidupan y Allah hadiahkan pada kita tiap kali kita bgn dari tidur..hadiah yg kita sendiri sering terlupa untuk ucapkan ucapan “terima kasih” kpd yg maha memberi….krn kita sering sgka..hidup ini milik kita..tp hakikatnya..adalah milik mutlak Dia yang Esa..
“Alhamdulillahillazi ahyana ba’da ma amatana wa ilaihinnusyur”
Sesudah sarapan….
Spt biasa..jam menunjukkan pukul 8:45 a.m..
Kaki terus melangkah menuju ke destinasi demi mutiara ilmu y bakal ku kutip di “muhadharah” kuliyah jamiatul azhar mansurah lil banat..
Dlm pjalanan pagi2 ku y nyaman..ketika itu, ramai manusia berbangsa arab mula kluar mencari rezki..tidak kurg jg y menunaikan kwajipan masing2…demi khidupan masing2..
D dlm pjalanan …
Setiap pagi..aku pasti akan tercari2 seorg tua y duduk di suatu sudut y ku kira..bkn satu tmpat y selesa untuk seorg insan spt die menumpang teduh..
Spt biasa..aku akan terpandang dan berfikir..serta syukur atas nikmat akal y Allah beri padaku..namun tersentuh hati naluri sbg seorg insan melihat lelaki separuh usia spt dia..terbiar tanpa ada y mahu membela..
Ada kala,ada kanak2 nakal membaling batu,menyepak,dan berteriak tak tentu hala pd seorg tua spt nya..namun,die spt tidak mengerti hakikat hdupnya sendiri… seolah2 tiap hari padanya adalah sama sambil seolah bersembang dgn seseorg di sisinya..
Kasihan..itu sj y mampu aku lafazkan..
Tp,2,3 hari ni..ntah bgmana die telah beralih ke satu kwsn y lain ..di mana tempat itu penuh batu2 spt kwsn bgnn yang baru sj di runtuhkan..mungkin die di alih kan dr kwsn lama mgkin atas alasan krn mgganggu pjalann org ramai..fikirku sendiri..bertambah kasihan keadaannya..tidur di ats timbunan batu bata y menyakitkan…sedangkan kita tiap hari lena di atas katil y empuk berbantal kan pelapik y enak… bnyk sungguh y aku terleka dlm tiap detik hidup ini..tanpa terfikirkan ttg kesusahan org lain..
Aku terfikir…andai aku di tempat die..Allah sj y tahu..
Alangkah indah hidup ku berbanding insan ini…
Aku terus melangkah..
Hampir tidak ku sedari..aku hampir ter “langgar” dgn sesuatu di kaki lima y sedang ku lalui…

Seorg tua..berjubah hitam lusuh..sedang terbaring..memeluk sebatang tongkat..sambil terketar2 badan dan tgn..bahkan seluruh badannya…
Hampir luluh hati ku..melihat reality khidupan sebenar di hadapan mata ku..padahal..aku dlm pjalanan ke tmpt menuntut ilmu di mana ilmu itu adalah untuk aku amalkan dlm khidupan seharian ku… ilmu untuk manfaat diri dan juga org sekeliling ku?apa y aku dah lakukan untuk mereka??
Tiada y mampu aku lakukan selain menghulur 25 qirsh(25 sen)kpd mereka…
Allah..bgt lemah aku sbg seorg penuntut ilmu Allah..andai aku di tempat mereka..apakah mungkin aku setabah mereka..andai aku di tempat mereka apakah tahap kesabaran aku sama tahap kesabaran mereka?apakah mehnah y aku lalui selama ini telah mencapai tahap mehnah y di lalui mereka?
Tiada apa pada diri ini selain seorg insan biasa dan ujian y terlalu ringan..
Apakah “kalam cinta ku”pd Dia layak di dgr berbanding mereka2 itu?
Apakah “kesilapan” aku layak di ampun berbanding kesusahan y di tanggung mereka2 itu?
Aku tidak lain hanyalah insan yang tidak punya apa..di sisi ssiapa tanpa Nya…

Muhasabah bersama…

"Allahummakhtimlana bi husnil khotimah..wa la takhtim a'laina ya Allah bi su'il khotimah..
yaAllah..yaAzim..yaRahman..yaRahim.."