Tuesday, March 30, 2010

anak2 ku syg...


saat meniti hari2 ...

di tinggal sepi..ahli bet semua kluar mmbawa haluan masing2... terusik rasa jiwa ini teringt kenangn lalu...kenangn y hanya tggal kenangn bg ana tp tidak pd mereka y pnh wujud dlm kenangn ini...(menitis air mata mengenang kembali)...

ana tak pandai sgt nak bercerita..tp..sekadar iktibar bg kita y bergelar..insan...

ketika itu umur ana baru mncecah 21 thn...
kebetulan..masa tu belum terjwb lg sama ada ana ni layak atau tidak untuk ke mesir...
(maknanya mak dan abah bagi ke tak ke mesir..)
ana di tawar mnjadi guru ganti di sebuah sekolah..y agak tidak jauh dr pusat bandar..

di ringkaskan cerita..

dalam klas2 ya ana ngajar..darjah 3,4 dan 5...

ana:"sape2 y tak sekolah agama,sila agkat tgn..jgn takut,ustazah bkn nak marah,cuma tanya je"sambil ana tersenyum melihat mereka2 agkat tgn..

ana:"sape2 yang nak belajar dgn ustzh blh tggu lpas klas ni..sebelum balik sekolah...
ustzh tggu kamu semu kat kantin ye..tp syarat nye,y sekolah agama ptg,kena pg sekolah..ini untuk y tak sekolah ptg je tau"

kringgg...
selesai waktu pembelajaran..
dr jauh klihatan 5,6 org plajar y mannti penuh sabar..
pandangn seorg guru(ana)..ana tahu..mereka2 ni anak2 org susah...

hari demi hari bertambah anak2 murid bg "kelas tambahan" ana ni..
ana tak peduli..apa guru lain nak kata..asalkan ana dpt buat sesuatu bg mereka2 y memerlukan ini..

di pendekkan cerita...

ana bersuai knal dgn mereka2 y hadir klas ana..wpun di kantin sek..ana tetap berpuas hati dgn kehadiran mereka..
termasuk ada anak murid y nakal dlm klas..die tetap dtg..

nak tahu?
antara kisah anak2 kcil ini...bila ana soal..knp tak ke sekolah?
jwpn y d beri:"ustzh...mak kata,kalau sy ke sekolah ptg,nnti duit byr sewa rumah takde..mak keje kilang je.."
y lain pula:"ayah sy masuk pnjara...ptg2 sy kena ambik mak kat kilang.adik kecik lg..sy kena jaga.."
tika sy mndgr luahan2 anak2 kcil y tak mengerti apa itu...rasa sebak penuh di dada ni..
tp,untuk mjaga hati mereka spy tetap tabah,ana tahan kan jiwa ni dlm terus mndgr kisah2 hdup mereka..

Allah..apalah bezanya dan apalah besar sgt ujian kita y sudah berakal ini di bnding anak2 y masih kecil ini....
tuhan...rasa rendah diri ini berbnding mereka y tak punya dosa lg...

tp..ana hmya sempat bermesra dgn mereka2 ini selama sebulan..sbb kena pg BTN kat besut sblm ke mesir..

namun,kasih y terbina antara ana dan anak2 murid,masih lg menebal dlm jiwa..biar pun mereka lupa siapa ana,tp ana tetap ingt tanpa mereka,tiada motivasi y terbina dlm jiwa ana untuk ana bw sbg bekal semangt ke mesir bumi barakah ini...

teringt tika dlm klas...
ana sengaja bw duit blanja bnyk ckt..
sbb..teringt wktu dulu..
ana pun anak org susah..
tp alhmdulillh...allah itu maha pengasih kan shbt2?:)

rindu tak terkira pd anak2 ku di sekolah tu...
wpun kita seorg guru pd mereka..tp tak terbatas untuk kita tunjuk kasih syg kita pd mereka..
ana makan semeja dgn mereka..
suap mereka..
bkn nak memuji diri..tp sbg iktibar pd semua y mmbaca..
bila dah kita sbg guru..mereka itu ANAK2 murid kita..anak2 kita..

untuk anak2 ustzh...
seandainya kamu salah seorg anak murid ustazah SALINA...
ustzh amat rindu pd kamu semua...jd lah insan berguna krn kamu penyambung generasi islam masa hadapan...

anak2 ustzh syg...
jadikan pengalaman hidup kisah pahit manis kamu sbg semangat juang dlm diri kamu..
doa ustzh sentiasa untu kalian...
jgn jadikan kepayahan hdup kamu sbg batu pghalang dlm mggapai kejayaan dunia akhirat..
malah jadikan ia sbg batu loncatan untuk mncapai redha tuhan...


kisah di atas adalah pengalaman semasa ana mengajar di sek.keb.jalan kebun klang..

dan untuk bekas2 anak murid ustzh @teacher...y lain..

sek men LA SALLE klang
sek keb jalan kebun klang
sek agama rendah presint9,putrajaya,
sek tadika presint 9,putrajaya(kanak2 riang y best:))

Monday, March 29, 2010

kisah...sebuah....?


mansurah...
sesiapa sj y mnjejak kaki ke sini pasti takkan lupa kenangan2 indah tika berada di jazirah al ward ini...
bumi y kaya dgn sayur sayuran...
hmm..juga kaya dgn bahan2 y kaya dgn pelbagai vitamin untuk tumbuhan..bersepah2 atas jalan..bahkan masa nak mghadapi jalan ke kuliyah banat pun kita pasti akan terserempak dgn bahan2 mentah ni..huhu..
kat malaysia takde semua ni..kalau ada pun jarang2 sekali..
najis2 himar kuda dan baghal merata2 di atas jalan ..kata org,kalau tertengok najis,hafalan kita makin kurang..hmm..apa lah nasib kami..nak buat mcmn..tak kan nak tutup mata masa ke kuliyah..haha..teringat pasal tutup2 mata ni..
satu,ana baru balik dari kuliyah..tu lah..ada bagus nya jg iklan jalan raya kat malaysia nuh.."tgk kiri tgk kanan tgk kiri,jom kita melintas"..
hmm..oleh kerana nak cpt dan tak ambik kisah keadaan sekeliling,ana pun lintas je jalan dgn hati gembira..mujur tiba2 terasa hati nak toleh ke sebelah kiri..masa tu hanya tgk belah kanan je..tiba2....
Allah..mujur sempat elak..kalau tak..bercium la dgn kuda...
adeh..apa pun,bkn sekadar kuda..himar pun ana langgar...
ntahla..nak kata manis,ye jg..nak kata pahit pun ye jg...
tp...inilah cerita2 pengalaman zmn muda atau zmn menuntut ilmu kita y perlu kita ceritakan pd anak2 kita ms depan..
cerita2 klakar dan y plg penting..ceritakan lah pd mereka kisah2 semangat kita dlm menempuh pelbagai ranjau dan rintangan di bumi mesir ini..

depan rumah ana ada hadiqah atfal(taman kanak2)..
kat mesir ni,kalau nak masuk taman diorang kita kena charge..
tp tak la mahal sgt..cumanya pelik la..
sebab kat malaysia free je kan..
hmm..ana bukan nak cerita ttg taman ni..
cuma nak cerita apa y ana lihat tiap ptg ms ana "beristirehat" kat taman tu..

mcm2 ragam manusia kat situ..ada suami isteri y bw anak2..ada budak2 y bermain..ada ammu2(pakcik2) y berehat krn letih(mgkin rehat jap sblm balik umah),tak kurg jg anak2 remaja y melepakkan diri mereka kat taman tu...
dan...
ada kalanya jg...ana terpandang segolongan kanak2 y mencari2 rezeki di bwh timbunan sampah...
terfikir sejenak di hati..
bagaimana nasib anak2 islam zmn akan dtg...
di mana kita sebagai golongan terpelajar dlm mncari penyelesaian dlm membantu mereka..
adakah sekadar kita biarkan mereka dgn hidup mereka dan kita terus dgn kejayaan khayalan dunia kita...

"Allahumma zawwijna zaujan solihan wa jaalnalahu zaujatan solihatan lillahirobbil Alamin"

doa y sering ana pohon pd tuhan...
kerana dari sebuah bait muslim yang baik itu adalah punca tercipta sebuah masyarakat islam y terbaik...

mgkin kali ni coretan ana agak berkait2..tanpa tajuk y khusus...sekadar nasihat untuk diri yang dhoif dan teman2 yang membaca..

hmm..agaknya..ini sahaja buat kali ini nukilan kasih ana untuk teman2..
semoga kita semua mendapat limpah hidayah dari yang maha Penyayang...amin..

imansyahadah

Sunday, March 28, 2010

CANTIK nya WANITA


Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS

Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi igauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana

kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...kalau
tidak.

.....Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini....
kalau lebih dua
minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang
1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and
membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas
mendengar amaran
lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah
itu
utk
menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih
kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak
Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka
tutup mukanya
lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak
Iman, saya dah
halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman
mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan
meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn
cerita di atas.
selain
terhibur anda fikirlahlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya
20 yg
betul-betul
beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan
ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa
mesin-gun.. dia tak
kata
pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru
kena ugut
terus
lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat
lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada
tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa
yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam
al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya
sementara, akhirat
adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau
girlfriend
berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat
tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang
berunsur
agama


Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi
yg
paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
akan
sampaikan kat
orang
lain... berapa orang yang akan buka email ni
untuk
luangkan masa
membaca? berapa banyak????
wallahuaallam..

Saturday, March 27, 2010

hari ini..dan semalam..


setelah sahabat2 seperjuangn pulang ke tanah air, Malaysia,meneruskan perjuangn di bumi kelahiran, kurangnye terasa nafas kasih syg seakrab dulu...aku menjadi rindu pd kalian..



rindu y membunga di hati dan jiwa...ukhuwah...satu perkataan y kurang setiap insan dlm memerhati makna tersirat..



andai kalian ada di sisi ku tika ini,akan ku peluk dan ku ucap kata2 rindu pd kalian tanpa segan silu..kerna dulu..waktu kita bersama..kalian sering mengusik diri ini y sentiasa malu bila di usik dgn kata2 "rindu" dan "sayang"..



teringat aku kpd satu malam...keadaan aku..tak sihat..



kau shbt..mengusap2 ubun2 ku.. teringat tika kita bergurau senda..kau shbt ketawa bersama..tika aku kesusahan ..kau shbt ada di sampingku..



alex dan mansurah..kaherah tmpt kami melepaskan rindu..



di sebabkan tugas sbg penuntut ilmu,kami jarang bertemu..namun hati ini bagai tersimpul mati dan kukuh..



izati...telah pulang ke tanah air..masliyana sudah punya kluarga..dan shbt2 y lain..



kini aku .. atiqah... masih lagi berjuang di bumi penuh barakah ini..



kalian di sana..doaku..semoga hati2 kita terus thabat dlm perjuangan y pernah kita janjikan dulu..



aku menulis dlm keadaan y teramat rindu pd kalian semua..



untuk shbt2 y lain..andai tidak terukir nama kalian di sini..tak bermakna kalian tiada di ingatan..kerna..telah ku ukir nama kalian di sudut hatiku..





salam rindu penuh makna kasih dan sayang yang teramat untuk sekelian shbtku..



salina



ahlan..

salam ukhuwah...

buat semua yang menjadikan Allah sebagai destinasi hidup dan rasulullah sebagai kekasih abadi...buat kesekian kalinya..setelah blog y lama ana tinggalkan dek kerana terlupa password di atas kesibukan y menjalar kehidupan seorang y bergelar mahasiswi dan juga sebagai pendakwah disamping menimba ilmu di bumi Allah y penuh barakah ini...terpaksa ana sign up blog yang baru dan mulakan tinta seorang mujahidah di blog y baru.. ana... seorang y baru mahu bertatih..perlu bimbingan sahabat2 y ingin berkongsi ilmu y bermanfaat di sini di samping kita beri manfaat pada mereka y membaca dan menghayati kalam2 hikmah di dalam blog2 y sedia ada..akhir dulu..fi amanillah insyaallah...